Powered by Blogger.
RSS

Adat Kaum Kadazan



Adat Kelahiran
* Pintu rumah diikat dengan sejenis daun yang dipanggil daun wingkong apabila bayi dilahirkan
* Upacara bersyukur diadakan apabila umur bayi mencapai sebulan
* Ibu diurut oleh mak bidan untuk memulihkan tenaga

Adat Perkhawinan
* Pengantin perempuan mengepal tujuh gengam nasi untuk diberikan kepada bakal suami dan keluarga suami semasa majlis pertunangan
* Sugit ialah denda yang dikenakan kepada pihak yang hendak memutuskan pertunangan
* Adat bertangis-tangisan adalah upacara akhir, iaitu keluarga mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga

Adat Kematian
* Mayat dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian yang indah. Mayat disimpan selama tiga, lima atau tujuh hari
* Adat moginupus ialah adat yang melibatkan saudara mara menangis sebagai tanda kesedihan
* Ahli keluarga si mati menghantar makanan ke kubur setiap petang selama tujuh hari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adat Kaum Iban



Adat Kelahiran
* Ibu perlu berdiang selama 41 hari
* Upacara melihat matahari diadakan ketika bayi berusia empat hari. Bayi dibawa keluar untuk melihat matahari
* 'Ulat' ialah panggilan terhadap bayi sebelum duberikan nama rasmi
* Adat mandi diadakan di sungai selepas bayi diberikan nama. Bayi diberikan nama pula

Adat Perkahwinan
* Tali bersimpul diberikan oleh pihak lelaki sebagai tanda tarikh perkahwinan. Jika lima simpulan, perkahwinan akan berlangsung lima hari lagi
* Hanya tetamu perempuan dibenarkan masuk ke bilik pengantin perempuan
* Pihak lelaki perlu memeberkan beras dan juga tajau, sebilah beliung dan pedang
* Upacara mandi pengantin dijalankan sebagai tanda penyucian

Adat Kematian
* Semua ahli keluarga dikehendaki menangis dengan irama tertentu yang dikenali dengan nama sabakkenang
* Alu atau lesung diletakkan di hujung pintu untuk menghalau hantu
* Cucu si mati akan melangkah mayat sebanyak tiga kali
* Adat berkabung diadakan selepas pengebumian mayat
* Keluarga tidak boleh mandi menggunakan sabun sepanjang masa perkabungan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adat Kaum India



Adat Kelahiran
* Lidah bayi disapu madu
* Ibu dan bayi ditempatkan di bilik khas dan orang ramai tidak dibenarkan masuk ke bilik itu selama dua minggu
* Ibu tidak dibenarkan mandi selama dua minggu
* Campuran serbuk kunyit, minyak bijirin dan kacang hijua digunakan sebagai pembersih bayi

Adat Perkahwinan
* Dawri adalah hadiah pengantin perempuan kepada pengantin lelaki
* Pokok pisang yang tua diletakkan dihadapan rumah sebagai lambang jasa dan muafakat
* Khemah perkahwinan dibuka pada hari ketiga selepas perkahwinan

Adat Kematian
* Kepala mayat dihadapkan ke selatan.Lampu minyak dipasangkan di bahagian kepala. Sebiji kelapa terbelah dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati
* Kunyit disapu pada mata, Duit syiling diletakkan di atas dahi
* Setelah dimandikan, makanan dimasukkan ke dalam mulut mayat
* Mayat dibakar dan abu ditanam atau dihanyutkan ke laut

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS